“Sebelum Jadi Artis Saya Seorang Pegawai Pemasaran”

Sharing is caring!

Ketika Kakigosip menghadiri sidang media memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) semalam, difahamkan pelakon Azrel Ismail adalah antara nama daripada lapan selebriti lain yang akan turut mengendalikan anugerah itu nanti.

Dua tahun penglibatan Azrel dalam bidang hiburan, aktor itu juga mengakui sebenarnya dia sudah lama menantikan peluang besar seperti ini untuk menjadi seorang pengacara.

Baca: Alif Satar Mahu Jadi Seperti P.Ramlee

“Bagi saya ini adalah peluang besar untuk jadi seorang pengacara bersama pada anugerah berskala besar seperti itu.

“Selain berlakon, saya juga memang minat dalam bidang ini. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya jadi hos secara langsung, sebelum ini menerusi program Bila Bujang Masuk Dapur hos bersama Nadzmi Adhwa.

“Bagi saya untuk tampil tidak kekok semasa mengacarakan majlis itu nanti yang penting kita perlu ada pengetahuan, jadi secara tidak langsung kita akan yakin. Sebab kita tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya tidak ada merujuk kepada sesiapa lagi buat masa ini, hanya belajar melalui pengalaman yang ada. Sebelum jadi artis saya seorang pegawai pemasaran, jadi kebolehan berkomunikasi sudah dapat di situ, tambah lagi bila mana sudah bergelar sebagai pelakon,” ujarnya.

Selain Azrel, antara hos bersama Alif Satar pada malam ASK 2016 nanti ialah, Sarimah Ibrahim, Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza, Fiza Sabjahan dan Puteri Aishah.

Leave a Comment

shares