Nubhan Sahkan Isteri Hamil Anak Sulung

Tahniah Kakigosip ucapkan buat Nubhan Ahmad kerana isterinya, Afifah Tawfek kini sedang hamil anak pertama mereka.

Meskipun sebelum ini isterinya pernah keguguran pada awal tahun lalu, kalau dah rezeki tidak ke mana, rezeki itu memang telah Allah tetapkan. Namun kita kena berusaha untuk mendapatkannya.

Berita baik itu disahkan sendiri oleh Nubhan menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah…rezeki Allah! Doakan yang terbaik buat kami ya? Baby tu malu-malu lagi #anugerahterindah,” coretnya bersama gambar imbasan kandungan.

Selepas perkongsian tersebut, setakat ini gambar tersebut menerima dua ribu lima ratus ‘likes’ dan sebanyak 63 orang memberikan komen yang positif buat pasangan itu.

Sama-sama kita doakan agar kehamilan isteri Nubhan pada kali ini dapat dijaga sebaik-sebaiknya dan jaga penjagaan kesihatan sama.

loading...

Add Comment