Rasmi! Filem ‘Train To Busan’ Bakal Dibuat Versi Hollywood

Sharing is caring!

Filem zombi ‘Train to Busan’ bukan sahaja mencatat keuntungan yang memberangsangkan, malah turut mencetuskan fenomena di seluruh dunia kerana kelainan yang diberikan di dalam filem tersebut.

Baru-baru ini, dikhabarkan filem yang dibintangi oleh Gong Yoo itu bakal dibuat dalam versi Hollywood.

Malah, produksi Gaumont dari Perancis sudah secara rasmi menandatangi kontrak kerjasama dengan Next Entertainment World. Pihak Next Entertainment World juga berharapan agar filem Korea boleh bertaraf antarabangsa.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Gaumont yang sudah mempunyai pengalamanan menghasilkan filem antarabangsa. Kami juga berharap agar ini dapat membuka peluang bagi filem tempatan lebih dikenali dunia,” terangnya.

Sementara itu, pihak Gaumont menjelaskan mereka sudah tertarik dengan Train to Busan sejak pertama kali menonton filem itu di Festival Filem Cannes.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin agar dapat menghasilkan filem yang menarik dan menghiburkan penonton Amerikan serta serata dunia,” kata pihak Gaumont.

Walaubagaimanapun, sehingga masih belum ada maklumat lanjut tarikh malah pelakon yang akan menyertai versi Hollywood.

Leave a Comment

shares