Watson Nyambek Pertimbang Saman Stesen TV Swasta

Sharing is caring!

Tindakan sebuah stesen televisyen swasta menghina mendiang bapa Watson Nyambek telah mengguris perasaan bekas pelari pecut negara itu.

Watson dalam satu temubual bersama Bernama berkata, menerusi sebuah program komedi yang disiarkah malam tadi, mendiang bapanya telah disamakan dengan binatang.

“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia” katanya.

Watson yang sebelum ini pernah diisytiharkan muflis berkata, dia tidak kisah dihina miskin, bankrap, namun tidak boleh menerima penghinaan buat mendiang bapanya dan menganggap tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

Leave a Comment