Yusry & Lisa Surihani Timang Bayi Lelaki

Sharing is caring!

Pasangan selebriti Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata kedua pada pagi Ahad.

Lisa, 31, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Pantai dekat sini kira-kira pukul 7 pagi.
Perkara itu didedahkan Yusry menerusi laman sosial Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, Lisa sudah selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012.

Leave a Comment