Rahmad Mega Berduet Dengan Deddy Dores

Sharing is caring!

Rahmad Mega atau nama sebenarnya, Rahmad bin Tohak merupakan salah seorang penyanyi rock lelaki yang terkenal di Malaysia sejak dekad 90an dan masih bertahan sehingga kini.

Beliau mula dikenali sebagai vokalis kumpulan rock Mega yang popular dengan lagu Takdir dan Waktu pada tahun 1991.

Dalam perkembangan terbaru, pemilik nama ini difahamkan akan ‘berduet’  bintang lagenda yang sudah meninggal dunia iaitu Deddy Dores menerusi teknologi canggih.

Rahmad turut berkongsi berita baik itu menerusi akaun Instagramnya;

“Alhamdulillah rezeki tiba-tiba diundang berduet dengan seorang vokalis lagendaris, Indonesia. Lagu ini berkonsep RELIGI yang sangat LUAR BIASA. Saya juga bakal mengundang teman reporter pada perlancarannya nanti di Jakarta pada MEI depan.

“Mimpi berduet dengan idola yang jadi nyata. Insya-Allah semoga dipermudahkan,” tulisnya.

Selain merakamkan suara menerusi teknologi canggih yang dapat menyatukan antara penyanyi Rahmad dan Deddy, muzik video turut dilakukan di Bogor, Indonesia.

“Sekitar rakaman video clip single terbaru saya di Bogor Indonesia,” coretnya.

Sementara itu, menurut Rahmad kepada media tempatan di sana, sejak kecil lagi penyanyi ini suka akan lagu-lagu popular arwah Deddy.

“Antara lagu-lagu popular yang selalu saya nyanyi sejak kecil lagi ialah Mendung Tak Bererti Hujan dan Jangan Pisahkan,” ujarnya.

Lagu Sajadah Ka’bah yang merupakan duet Rahmad Mega dengan almarhum Deddy Dores masuk dalam album Syair Syiar Cahaya Dari Ka’bah 3. Album tersebut memuat 10 nomor lagu, iaitu:

1. Sajadah Ka’bah

2. Ilahi Lastu

3. Amanah Allah

4. Robbal Baroyah

5. Kesempatan Kedua

6. Tujuh Putaran Bertawaf

7. Sucikan Hati

8. Sholawat Penyejuk Hati

9. Sholawat al Badawi

10. Sholawat Qurania

Leave a Comment