Balik India, Priyanka Chopra Jadi Angkasawati

Sharing is caring!

Setelah beberapa bulan menetap di Amerika, Priyanka Chopra, 34, dilaporkan sudah pulang ke India.

Sambil menunggu tayangan Baywatch, rupanya aktres cantik ini sudah bersedia untuk kembali ke layar perak Bollywood.

Memetik laporan Mid-Day, Priyanka bakal membintangi filem biografi seorang angkasawati wanita pertama India, Kalpana Chawla. Filem tersebut akan diproduksi dalam sekala besar dan ia akan ditayangkan di peringkat antarabangsa.

“Filem ini akan dihasilkan oleh produksi baru, Gateway,” kata salah satu sumber.

Film tersebut diarahkan pengarah Priya Mishra dan difahamkan beliau sudah melakukan kajian dan mendapatkan informasi keluarga Kalpana Chawla.

“Saya sudah hasilkan projek ini selama tujuh tahun lalu dan filem ini menjalani penggambaran tidak lama lagi,” ungkap Priya.

Sementara itu, Priyanka juga dikhabarkan akan membintangi sebuah lagi filem thriller arahan sutradara Aniruddha Roy Chowdhury yang akan ditayangkan pada 2018.

Leave a Comment