Fattah Amin Bakal Lancar Novel Wanita Terakhir

Sharing is caring!

Setelah mengeluarkan buku diberi judul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menjadi tular dan hangat diperkatakan orang ramai, beberapa bulan lalu, pelakon Fattah Amin bakal melancarkan novel pertamanya, berjudul Wanita Terakhir.

Memetik laporan BH online, Fattah, 26, berkata judul novel tersebut ini diadaptasikan daripada single Wanita Terakhir yang dilancarkan pada Januari lalu.

Lagu wanita Terakhir, hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan, dirakam Fattah sebagai hadiah buat peminatnya selain ditujukan buat pelakon gandingannya dalam drama popular, Suri Hati Mr Pilot, Neelofa.

“Novel ini memang diadaptasikan daripada lagu berkenaan. Sama seperti lagu itu yang dijadikan hadiah untuk peminat, yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada saya, termasuk kumpulan Lofattah (gabungan Neelofa dan Fattah), saya berharap lagu ini dapat meneruskan penghargaan saya buat mereka. Kejayaan dan pencapaian saya selama ini takkan hadir tanpa sokongan semua peminat,” katanya

Perkembangan lain, Fattah ketika ini sibuk melunaskan penggambaran drama, Hero Seorang Cinderella, bergandingan dengan Nur Fazura.

Leave a Comment