Peminat Berjaya Bina Perpustakaan Atas Nama Yunho (TVXQ)

Sharing is caring!

Sebuah perpustakaan atas nama anggota kumpulan TVXQ, Yunho, 31, yang dibina oleh sekumpulan peminatnya dari Asia kini telah siap dan bakal dibuka mulai bulan depan.

Perpustakaan yang diberi nama “U-Know Yunho Library” itu didirikan di kampung halaman penyanyi itu iaitu di Sochon Art Factory di daerah Gwangsan, Gwangju. Ia menghimpunkan buku-buku berkaitan topik seni dan budaya. Selain itu, terdapat kemudahan seperti ruang pameran dan ruang persembahan.

Pembinaan perpustakaan berkenaan bermula pada bulan Februari 2017 apabila peminat Yunho yang menyumbangkan wang untuk meraikan hari lahirnya.

Kumpulan peminatnya dari seluruh Asia, termasuk kelab peminat di China “MyYunho,” kelab peminat di Jepun, “Kachikaja, dan Asia berjaya mengumpulkan kira-kira 27 juta won (kira-kira RM104,971).

Jumlah ini kemudiannya didermakan kepada dana masyarakat Gwangju untuk kebajikan masyarakat di sana. Peminat juga merancang untuk mendermakan sebanyak 1,000 buah buku lagi.

Sementara itu, Yunho baru saja menamatkan latihan ketenteraan pada 20 April lalu.

Leave a Comment