Radiohead Diabadikan Jadi Nama Spesis Semut

Sejenis spesis semut telah dinamakan menggunakan nama kumpulan  lagenda muzik British, Radiohead.

Spesies semut yang baru ditemui itu diberi nama ‘sericomyrmex radioheadi’ iaitu satu daripada tiga jenis spesis semut dalam kumpulan sericomyrmex. Spesis Sericomyrmex diterjemahkan sebagai ‘semut sutera’ – semut kulat pertanian.

Memetik laporan Billboard, semut yang menggunakan nam band rock eksperimental yang ditubuhkan pada 1985 ini ditemui di kawasan Amazon, Venezuelan oleh dua pengkaji daripada institut makmal semut di Washington, DC iaitu Ana Ješovnik dan Ted R. Schultz.

“Kami ingin memberikan penghormatan kepada muzik meraka,” kata Jesovnik.

Jesovnik dan Schultz berharap pemberian nama tersebut diraikan atas bukan hanya bagi muzik yang mereka hasilkan, malah impak sosial dan pengaruh band tersebut.

“Tapi yang lebih penting, kami ingin menghargai usaha anggota band ini terutama dalam meningkatkan kesedaran umum menerusi muzik mereka” tambahnya lagi.

loading...

Add Comment