Angelina Jolie & Kekasih Baru Mahu Ambil Anak Angkat Lagi

Sharing is caring!

Aktres Angelina Jolie dan kekasih baharunya, khabarnya akan mengambil seorang lagi anak angkat, tidak lama lagi.

Memetik laporan Aceshowbiz, perkara itu juga menjadi sebab itu mengapa bintang filem Maleficent ini sebelum ini tidak sabar-sabar untuk menyelesaikan kes perceraian dengan bekas suaminya, Brad Pitt.

Meskipun sibuk menguruskan enam anaknya, namun pelakon berusia 41 tahun itu dikatakan untuk mengambil seorang lagi anak.

Sebelum ini, In Touch, melaporkan bahwa Angelina mahu menunaikan hasratnya itu namun, Pitt tidak bersetuju.

“Dia (Brad Pitt) merasakan keluarga mereka sudah lengkap dan Angelina dianggap gila kerana mahu anak lain,” kata satu sumber.

Sementara itu, ada dakwaan mengatakan Angelina mula berkenalan dengan teman lelakinya ketika masih berstatus isteri. Bagaimanapun, hubungannya dengan lelaki misteri British itu mula terjalin erat sejak selepas dia memfailkan cerai terhadap Brad Pitt.

“Dia seorang yang murah hati, dermawan. Beliau juga mempunyai cita-cita dalam politik. Angie merasakan, dengan bersama kekasihnya itu, boleh mendorong dia keluar dari Hollywood dan ke fasa seterusnya dalam kehidupan – arena politik serius,” kata satu sumber.

Baru-baru ini, laporan media menyebut, pengarah filem Unbroken itu menikmati pertemuan peribadi dengan teman lelakinya di vila milik beliau, di Malibu.

“Angelina dan teman barunya, seorang usahawan British kacak, telah mengadakan pertemuan rahsia Malibu di mana mereka telah beberapa kali meluangkan masa bersama sejak berpisah dari Brad,” kata satu sumber seperti yang dilaporkan HollywoodLife.com.

Leave a Comment