Izara Aishah dan Adib Bakal Kahwin Tahun Ini

Sharing is caring!

Menerusi sebuah portal hiburan tempatan Adib yang juga anak tiri kepada penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza, mengakui bahawa dia akan menamatkan zaman solonya dengan kekasihnya, Izara Aishah tahun ini.

Walau bagaimanapun, menurut Adib, lokasi dan tarikh majlis pernikahan dan resepsi akan diberitahu kelak kerana semuanya masih lagi dalam fasa perbincangan.

“Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua,” katanya.

Jika diimbas semula tiga tahun yang lalu, Adib pernah menyatakan bahawa dia dan Izara akan melangsungkan perkahwinan mereka. Jika dikira betullah tahun ini.

Apabila sudah berkahwin nanti, seperti artis wanita lain juga, Izara pernah menyatakan bahawa dia akan menjaga batas dengan sebaik-baiknya demi menjaga maruah dan nama baik bakal suaminya.

Sementara itu, Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengakui senang dengan hubungan yang terjalin antara anak suaminya, Adib bersama pelakon cantik, Izara Aishah.

Pasangan ini antara yang terbuka dalam memperkatakan mengenai cinta. Mereka mengaku berkasih sayang dan sering dilihat bersama. Mereka juga tidak lari daripada lensa kamera. Malah, Izara juga sudah rapat dengan keluarga Adib iaitu Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza.

Kemesraan pasangan ini mula dihidu oleh media dan peminat apabila masing-masing terbuka berkongsi momen-momen bersama di laman sosial selepas kedua-duanya dilihat menyambut hari jadi masing-masing bersama. Tak kurang juga, Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik gambar Izara yang berada di kediamannya.

Semoga segala urusan dan perancangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancer. Insya-Allah sampai waktunya, Adib atau Izara sendiri akan umumkan lah tu. Buat peminat tentunya tak sabar jadi sama-samalah kita nantikan jawapan daripada pasangan merpati dua sejoli ini.

Leave a Comment