Peminat Berang Nama Jessica Dipakai Untuk Orang Mati

Sharing is caring!

Drama terbaharu terbitan stesen SBS yang berjudul Super Family 2017, telah menjadi bualan hangat netizen sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan peminat Jessica Jung.

Semuanya gara-gara produksi drama tersebut menggunapakai nama bekas anggota Girls Generation itu dalam sebuah babak. Apa yang menimbulkan kemarahan peminat kerana, nama Korea Jessica iaitu Jung Soo Yeon digunakan untuk orang sudah meninggal dunia.

Mungkin nama tersebut memang ada banyak, namun peminat mendakwa nama itu dipilih seolah-seolah ada kaitan dengan satu lagi nama yang tertulis pada sehelai kertas, yang ditunjukkan dalam babak berkenaan.

Pada kertas itu tertulis nama Jung Soo Jung yang merupakan nama Korea bagi anggota kumpulan f(x) iaitu Krystal. Jessica adalah kakak kandung Kristal.

Sementara itu, dalam babak berkenaan nama Jung Soo Jung adalah seorang pewaris iaitu adik kepada Jung Soo Yeon.

“Unnie (kakak) saya merindukanmu. Saya mencintaimu”,” itu ayat yng turut tertulis di kertas itu.

Sama ada ia secara kebetulan atau tidak, “Super Family 2017” telah mengundang kritikan peminat. Walaupun hanya nama, namun rata-rata peminat menganggap perkara tersebut sangat menyinggung perasaan kerana orang yang memiliki nama itu masih hidup.

“Terang-terang mereka sengaja menggunakan nama itu untuk adegan tersebut,” tambah peminat.

“Sengaja atau tidak, mereka harus minta maaf. Ia sangat menyinggung perasaan,” kata seorang lagi netizen.

Leave a Comment