Itu bukan populariti, itu manipulasi – Afdlin Shauki

Sharing is caring!

Sejak anugerah AME 2017 habis melabuhkan tirainya, ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan acara berprestij tersebut. Difahamkan ada antara peminat yang masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa artis mereka tidak menang, sekali gus mempertikaikan artis yang tidak sepatutnya menang.

Berikut merupakan luahan panjang lebar pelakon terkenal Afdlin Shauki meluahkan pendapatnya tentang AME 2017 di laman Instagramnya;

“Masaalah dengan anugerah-anugerah berdasarkan popularity yangg ada sekarang adalah ianya pada saya Bukan anugerah syok sendiri tapi bukan anugerah yang memberi gambaran sebenar populariti individu atau program itu.

“Apa sebabnya mungkin anda bertanya? Sebabnya adalah anugerah ini boleh di manipulasi dengan pembelian undi dari undian artis itu sendiri atau korporat-korporat berkepentingan yang ingin menaikkan nama ambassador mereka sekaligus menaikkan jenama mereka.

“Populariti bukan di tangan peminat lagi, tetapi di tangan sekelompok individu yang ingin memanipulasi kelemahan system itu. Kalau dengan undian sms atau membeli surat khabar dan menghantar keratan itu kepada organiser, bagaimana untuk menentukan one vote is from one person dan bukan 100,000 vote dari satu orang.

“Itu bukan populariti. Itu manipulasi. Kalau tidak call it for what it is… malam meraikan sponsor dan duta-duta mereka. People’s choice must be people’s choice, macam mengundi pilihanraya satu IC, satu vote.

“Saya tak menyalahkan sesiapa cuma tak mahu penyokong yang vote gila-gila untuk artis kegemaran mereka hampa kerana ada korporat keparat yang bayar untuk undian dan terus result kemenangan itu tak menggambarkan populariti sebenar.

“Tak puas hati dengan statement ni takpe, ini pendapat saya, seorang yang dah lama dalam industri. #justiceleague #agakagaklah #powertothepeople. Hanya yg melakukannya yg akan terasa pedas yg lain buat lek,” luah Afdlin di IG.

Apapun semua ini sudah menjadi rezeki buat artis yang menang tu. Buat peminat janganlah hampa, ini sebagai tanda sejauh mana you all setia dengan artis kesayangan you all dan teruskan menyokong mereka. Mungkin ada hikmah mereka akan menang dalam pada anugerah lain pula, betul tak? Apa pandangan anda?

Leave a Comment