Barisan Pelakon ‘Game of Thrones’ Dibayar Gaji RM11.3 juta

Sharing is caring!

Game of Thrones masih menjadi siri TV paling sukses masa kini. Tidak hairanlah, lima bintang utama siri siaran HBO ini dikhabarkan menerima bayaran gaji yang cukup lumayan.

Memetik laporan berbagai sumber, barisan pelakon iaitu Peter Dinklage, Kit Harington, Emilia Clarke, Lena Headey dan Nikolaj Coster-Waldau dibayar sekurang-kurangnya USD2.6juta (kira-kira RM11.3juta) setiap satu episod untuk musim ketujuh dan kelapan. Musim ketujuh bakal ditayangkan pada Julai depan.

Jumlah bayaran tersebut dinilai sebagai gaji paling tinggi bagi satu episod yang pernah ada, mengalahkan aktres Jennifer Aniston yang sebelum ini pernah menerima bayaran lakonan sebnayak USD1 (kira-kira RM4,348,500 juta) untuk bagi setiap satu episod untuk musim terakhir siri TV popular, Friends.

Pada November 2016, kelima teraju utama Game of Thrones dijangka akan mendapatkan bayaran sebesar USD1.1 juta untuk satu episod. Malah, khabarnya ada bonus tambahan kerana sambutan luar biasa dari para penonton untuk musim keenam sehingga gaji mereka pun ditambah hingga dua kali ganda.

Populariti Game of Thrones kini sudah menembusi lebih dari 150 negara. Salah satu yang terbesar adalah tayangannya di Amerika Syarikat, yang ditonton lebih dari 23 juta orang setiap episod.

Leave a Comment