Cara dakwah Oki Setiana Dewi

Sharing is caring!

Di Sepanyol pula, selebriti berusia 28 tahun ini terbabit kempen A Tile For Seville, usaha sama antara Ukhwah for Ummah dan Fundacion Mezquita de Sevilla, Spain.

“Kempen ini cari dana pembinaan masjid di Sevilla, Sepanyol. Saya sokong kempen ini kerana ada saudara Islam yang aktif membina sekali gus mempertahankan Islam di sini.

“Mereka jawab tuduhan kepada Islam ketika masyarakat Eropah menganggap Islam adalah pengganas.

“Malah, mereka juga dekatkan masyarakat Eropah kepada Islam hingga ada saja yang mengucap kalimah syahadah, setiap bulan.

“Bilangan Muslim di sana makin bertambah, tetapi mereka tiada tempat beribadah cukup dan selesa,” katanya.

Jelasnya, kempen itu memberi peluang kepada semua masyarakat di seluruh dunia untuk turut terlibat sama.

Oleh itu, katanya, sebagai tatapan umum, penganjur berkongsi rakaman klip travelog sepanjang perjalanannya dan delegasi lain di laman YouTube.

Pada masa sama, bintang filem Ketika Cinta Bertasbih ini mengakui perjalanan ke bumi Eropah meninggalkan pengalaman luar biasa.

“Saya harus bersyukur kerana ‘hidup’ di negara majoriti penduduk Islam sekali gus mudah beribadah.

Cara dakwah Oki Setiana Dewi Cara dakwah Oki Setiana Dewi
“Peluang buat ibadah juga boleh dilakukan dengan aman dan tenang selain kemudahan selesa,” katanya.

Juri GGV2017

Beralih pada kerjaya seninya, kini, Oki sibuk menggalas tugas sebagai juri tetap bagi program Islamik terbaru, Gema Gegar Vaganza 2017 (GGV2017) sejak tiga minggu lalu.

Mengakui seronok menerima tugas baru, anak kelahiran Batam, Kepulauan Riau ini juga sangat berbesar hati dengan kepercayaan diberikan.

“Alhamdulillah, saya bangga dan bersyukur apabila diberi peluang.

“Program ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga beri pengajaran menerusi lagu dipersembahkan,” katanya.

Pelakon filem Demi Cinta ini berharap GGV sentiasa dapat tempat di hati penonton dan diteruskan.

Leave a Comment