Kena Marah Gara-gara Suruh Himchan (B.A.P) Diet

Sharing is caring!

Tindakan anggota kumpulan CNBlue Lee Jong Hyun yang meminta sahabat baiknya, Himchan menurunkan berat badan telah mengundang kemarahan peminat kumpulan B.A.P.

Baru-baru ini menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, menunjukkan Jong Hyun menikmati waktu santai sambil “berjemur” bersama Himchan.

Di akhir video itu, gitaris ini tiba-tiba menyuruh sahabatnya itu untuk menurunkan berat badan.

“Hey Himchan, cuba turunkan berat badanmu,” kata Jong Hyun sebanyak 2 kali.

Kata-kata Jong Hyun itu membuatkan peminat B.A.P geram dan dan pemuzik itu dianggap tidak sensitif. Ini kerana beberapa bulan lalu, Himchan dilaporkan mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan kini dia baru saja pulih.

Meskipun niat Jong Hyun sekadar gurauan, namun peminat tidak dapat menerimanya.

“Himchan baru mengalami kecederaan dan dia menyuruhnya untuk menurunkan berat badan?,” komen seorang peminat.

“Saya tidak benci Jonghyun, tapi saya sangat kesal dia berkata seperti itu. Himchan, jangan dengarkan kata-kata Jonghyun ya!” tulis seorang lagi peminat.

“Gurauan dari seorang teman itu lebih menyakitkan,” tambah yang lain.

Leave a Comment