Tun Abdul Rahman dilantik semula YDP Pulau Pinang

Sharing is caring!

Tun Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.

Abdul Rahman, 79, menerima Surat Cara Pelantikan bagi tempoh empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V  dalam istiadat di  Istana Negara di sini.

Ia dihadiri  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang,  Abdul Rahman mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001.

Beliau dilantik semula ke jawatan sama pada  2005, 2009, 2011, 2013 dan 2015.

Beliau yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.

Leave a Comment