Balqis tersingkir

Sharing is caring!

Empat protege rogram realiti Mentor Milenia 2017 iaitu Usop, Along, Angelica dan Syeera layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Dalan saingan separuh akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi, Balqis yang juga protege kepada Hazama tersingkir.

Usop yang juga protege kepada Hazama turut diumumkan sebagai juara mingguan dalam saingan separuh akhir.

Syeera ialah protege kepada Black, Angelica (Akim), manakala Along protege kepada Tomok.

Juara Mentor Milenia 2017 akan menerima hadiah wang tunai RM100,000.

Program realiti Mentor Milenia diadili 50 peratus juri tetap dan juri jemputan, manakala 30 peratus undian menerusi laman web rasmi Mentor Milenia serta 20 peratus juri awam di studio.

Minggu ini menyaksikan penyanyi popular Misha Omar sebagai juri jemputan.

Juri tetap program ini ialah Datuk Hattan.

Leave a Comment