‘Rasa seperti nak terbang, ringan sahaja’

Sharing is caring!

Bekas Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menerima keputusan pemilihan muktamar dengan hati terbuka.

Menurutnya, beliau secara peribadi menerima keputusan itu dengan hati yang bahagia dan berlapang dada.

“Saya rasa seperti nak terbang, rasa ringan serta beban yang ada di dalam diri ini seolah dirombak keluar.

“Saya juga merasakan keputusan yang dibuat adalah saksama oleh para perwakilan dan akan terus mendokong kepimpinan yang ada kini,” katanya ketika ditemui di Muktamar Pas kali ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sesi 2017-2019 untuk jawatan Naib Presiden menyaksikan jawatan Naib Presiden kekal pada ketiga-tiga pimpinan yang ada.

Tiga pemimpin yang dipilih perwakilan adalah Idris Ahmad (1,062 undi), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (950 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (703 undi).

Naib Presiden Pas yang berjaya mengekalkan jawatannya, Idris Ahmad berkata, semua calon yang bertanding adalah terbaik dan menerima keputusan ini dengan tenang.

“Semua calon adalah yang terbaik dan punyai merit yang bagus, namun apakan daya, ¬†hanya tiga sahaja yang dipilih.

“Kalau kalahpun, kita tak tubuh parti baru atau berhijrah ke tempat lain,” katanya.

Leave a Comment