Lara Alana Mula Bayar Cukai Pertama Tahun Ini

Sharing is caring!

Meskipun baru berusia tiga tahun namun anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana sudah perlu membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Scha, ianya disebabkan anak perempuannya itu sudah mampu menjana pendapatan sendiri.

Katanya, dia dan suaminya telah melantik seorang ejen untuk menguruskan pendapatan Lara, susulan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN.

“Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal.

“Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami. Malah, Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH online

Leave a Comment