Pengantin lelaki ditahan menipu keluarga pasangan

Sharing is caring!

Seorang lelaki daripada Utara China ditahan pihak berkuasa pada hari perkahwinannya selepas mendapati menipu keluarga dan pasangannya.

Memetik laporan BBC.com, lelaki itu ditahan selepas pihak keluarga pasangannya menyedari kesemua tetamu belah lelaki hanya pelakon yang dibayar.

Menurut laporan media tempatan China, helah lelaki itu terbongkar selepas kebanyakan tetamu daripada pihak pengantin lelaki gagal menjawab soalan tentang hubungan mereka dengan si pengantin.

Difahamkan, kebanyakan tetamu yang mewakili keluarga pengantin lelaki itu hanyalah pelajar atau pemandu teksi yang dibayar untuk berlakon pada hari bahagia pasangan tersebut.

Malah, salah seorang daripada tetamu yang hadir turut mengaku tidak mengenali si pengantin dan hanya datang ke majlis tersebut selepas berjaya merundingkan harga berdasarkan ‘lakonannya’ menerusi aplikasi laman sosial, Weibo.

Difahamkan lagi, kesemua mereka dibayar oleh pengantin lelaki dengan bayaran sebanyak 80 yuan (RM50).

Tidak dapat dipastikan motif sebenar tindakan pengantin lelaki itu. Bagaimanapun portal melaporkan ia dilakukan kerana keluarga wanita tersebut enggan menerima kehadiran keluarganya yang miskin.

Pasangan itu dikatakan telah bersama sejak tiga tahun lalu sebelum mengikat tali perkahwinan.

Leave a Comment