Teruk Sangatkah Hingga Keluarga Selalu Tutup Wajah Jupe

Sharing is caring!

loading…
loading…
Teruk Sangatkah Hingga Keluarga Selalu Tutup Wajah Jupe

SESIAPA yang mengikuti perkembangan kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe, pasti perasan sudah tiada lagi wajah terbaharu bintang itu dikongsi di laman Instagram sama ada dari akaun miliknya mahupun teman sekelilingnya.

Sekiranya Jupe ada dalam gambar pun, pasti mereka akan menutupi wajah aktres popular itu dengan stiker atau sebagainya.
Malah, media Indonesia juga gagal mendapatkan wajah aktres yang sedang berjuang melawan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat itu, semenjak kesihatannya dilaporkan semakin menurun akhir-akhir ini.
Bertambah pelik, muncul dakwaan bahawa setiap kali Jupe dibawa keluar dari bilik wad, wajahnya juga akan ditutupi dengan kain hitam.

Leave a Comment