Tanggal 17 Mei merupakan hari yang ke 137 (hari ke-138 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory, 228 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
![]() |
Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Mei) |
Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Norway (1814) dan Hari Kesusasteraan Galicia di Galicia, Sepanyol.
ARTIKEL MENARIK: ALLAHHUAKABAR ! Bekas Mufti Dedah Perkara Luar BIASA Berlaku Ketika Melawat Jenazah Adik Thaqif ! MOHON SHARE !
Mari kita baca peristiwa-peristiwa penting yang berlaku hari ini dalam sejarah.
Peristiwa
1642 – Société Notre-Dame de Montréal mengasaskan misi kekal Ville-Marie, yang akhirnya berkembang menjadi bandar Montreal.
1792 – Bursa Saham New York diasaskan di Wall Street.
1814 – Perlembagaan Norway diterimapakai di Eidsvoll.
1865 – Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa diasaskan sebagai Kesatuan Telegraf Antarabangsa di Paris.
1902 – Mekanisme Antikythera, mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Greece.
1943 – Perang Dunia Kedua: Dam Busters Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan bom lantunan terhadap empangan Jerman.
1995 – Selepas 18 tahun sebagai Datuk Bandar Paris, Jacques Chirac dilantik sebagai Presiden Republik Perancis.
2009 – Dalia Grybauskaitė terpilih sebagai Presiden wanita pertama Lithuania, menggantikan Valdas Adamkus.
2009 – Pasukan badminton China mengekalkan kejuaraan Piala Sudirman, menewaskan Korea 3-0.
2010 – Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
2011 – Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi pertama oleh seorang raja British ke Republik Ireland.
Kelahiran
1900 – Ayatollah Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran pertama dan juga pengasas Republik Islam Iran.
1936 – Dennis Hopper, pelakon Amerika Syarikat.
1967 – Mohamed Nasheed, Presiden Maldives ke-3.
Semoga memberi manfaat.
sumber: wikipedia
Sumber : Siakapkeli
Sumber : BulletinMedia