
Akibat menyuruh pengurus membuang satu hadiah daripada peminat, anggota JYJ iaitu Yoochun kini berdepan kecaman ramai netizen.
Ia tercetus selepas videonya berbuat demikian dalam acara bertemu peminat pada 2014 tiba-tiba tular baru-baru ini.
Ramai tidak menyangka Yoochun sanggup berbuat demikian dan dalam video itu, terserlah sikapnya yang kurang menyenangkan itu.
Selepas memberi autograf kepada seorang peminat, Yoochun kemudian diberikan hadiah oleh peminat itu.
Yoochun kemudian dilihat membelek-belek hadiah itu dan bertanya apakah bendanya? Kemudian dia bersandar ke belakang dan jelas nampak mulutnya menyebut ‘boryeo’ yang bermaksud buang.
Disebabkan itu, dia dikritik kerana kelakuannya itu dianggap kurang ajar apabila langsung tidak menghargai pemberian peminat dan menunjukkan sikap biadab di khalayak.