Belum Biasa Gelaran Datuk

Sharing is caring!

Penyanyi, Datuk Nassier Wahab mengaku masih membiasakan diri dengan sapaan kenalan dan peminat yang mula memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk’.

Memetik laporan BH online, penyanyi yang popular dengan lagu Memori Cinta Luka itu lebih selesa disapa ‘Abang Nassier’ kecuali ketika menghadiri acara rasmi.

“Panggil saya Abang Nassier saja tapi kalau dalam acara rasmi, gelaran ‘Datuk’ menjadi keperluan. Pada hari-hari biasa, panggil saya macam selalu.

“Dalam kalangan rakan artis termasuk mereka yang bergelar Datuk pula, saya sering diusik Datuk Bongsu. Ini kerana saya adalah artis terbaru yang menerima gelaran itu,” katanya.

Pada 15 Mei lalu, Nassier dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Nassier berkata, bagi membiasakan diri, rakan artis yang berpangkat Datuk banyak memberi panduan dan tip dalam menggunakan gelaran itu.

Leave a Comment