
loading…
loading…
Melania Tampar Tangan Trump Jadi Tular
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kembali menjadi tumpuan tapi kali ini mengenai kisah beliau dengan isterinya, Melania.
Dalam video rakaman yang kini tular, ketika kedua-duanya melakukan kunjungan ke Tel Aviv, Israel, Trump cuba memegang tangan Melania ketika berjalan di atas karpet merah.
Malangnya, Melania menolak genggaman tangan Trump dan turut menampar tangan suaminya.
Penolakan Melania itu dapat dilihat dengan jelas dalam video terbabit.
Seminggu yang lalu, Melania juga dirakamkan menepis tangan trump ketika suaminya itu mahu memegang tangannya ketika berkunjung ke Florida.