Sharifah Sakinah selamat timang bayi perempuan

Sharing is caring!

PELAKON Sharifah Sakinah selamat menimang cahaya mata pertama pagi ini.

Berita gembira itu dikongsikan kakak kepada pelakon itu Sharifah Shahira melalui laman Instagramnya.

“Bayi dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha.

“Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

“Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama,” tulisnya.

Bagaimanapun, posting berkenaan dipadam tidak lama kemudian.

Pelakon Girlfriend Aku dari Neraka itu mendirikan rumah tangga bersama Aliff Adha Jamil Mac 2015.

Leave a Comment