PUCHONG – “Saya tak lihat bangsa dan agama…kalau mereka miskin, lapar dan susah kita kena bantu.. saya tak kira dia parti biru ke, kuning ke, merah ke, hijau ke kerana mereka manusia,” kata Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng.

Beliau yang dikenali sebagai Mr Kentang atau pernah digelar Hero Malaya kerana membelikan makanan untuk satu keluarga Islam berbuka puasa tahun lalu sekali lagi membuat kejutan tahun ini.

Pada 1 Ramadan kelmarin, beliau berkunjung ke rumah anak angkatnya, Siti Sirna Mohd Rashid atau lebih mesra disapa Manja membawa dia bersama kakaknya membeli juadah di Bazar Ramadan di Puchong Prima sebelum bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa.