Ayumi Hamasaki Umum Pekak Dua-dua Belah Telinga

Sharing is caring!

Bintang J-Pop, Ayumi Hamasaki dilaporkan akan mengalami masalah hilang pendengaran buat selama-lamanya.

Melalui blog rasminya, penyanyi dan model berusia 38 tahun ini mengaku tidak boleh lagi menggunakan telinga kirinya untuk mendengar sejak tahun 2008. Kini, pendengaran di telinga sebelah kanannya pun mulai lemah.

“Setelah beberapa menjalani pemeriksaan pendengaran, telinga kanan saya (yang bekerja keras setelah telinga kiri saya tidak lagi boleh mendengar) sudah mulai lemah.

” Saya mula mengalami simptom seperti rasa pening yang sangat menyakitkan, tidak boleh berjalan lurus dan muntah-muntah ketika melakukan persiapan konsert.

“Saya tertanya-tanya bagaimana unruk saya meneruskan karier saya sebagai penyanyi jika kedua-dua telinga saya tidak lagi boleh berfungsi. Saya benar-benar sedih,” tulisnya.

Telinga Ayumi Hamasaki mula bermasalah selepas dia mendapat selsema ketika mengadakan konsert sekitar tahun 2000. Ketika itu dia mengalami jakitan pada telinga, namun dia tetap meneruskan konsert jelajahnya selepas beberapa hari dirawat di hospital.

Meskipun dokter menasihati Ayumi agar mengurangkan bunyi pada telinganya, namun ia sama sekali tidak membatalkan jadwal konsertnya. Malah dia tetap meneruskan kariernya seperti bisa pada tahun-tahun berikutnya.

Smentara itu, Ayumi Hamasaki menegaskan dia tidak akan menghentikan karier muziknya. Sebaliknya dia berjanji akan terus menghiburkan peminat dengan karya-karyanya.

“Pentas adalah tempat yang paling sesuai untuk saya. Pentas adalah adalah satu-satunya tempat yang saya ada. Saya tidak boleh memikirkan perkara lain (selain karier muzik),” tuturnya.

Sehingga kini Ayumi Hamasaki masih dinobat sebagai penyanyi solo dengan penjualan album terbaik di Jepun. Tidak hanya mempunyai ramai peminat di negara kelahirannya, pelantu lagu Para Para Dance ini juga meraih populariti di peringkat seluruh Asia.

Leave a Comment