Jamal Abdillah Nikah Gadis 23 Tahun

Sharing is caring!

Selepas 10 tahun menduda, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah dilaporkan telah selamat bernikah dengan gadis berasal dari Kulim, Kedah berusia 23 tahun pada 1 April lalu.

Memetik laporan BH online, penghibur berusia 58 tahun terbabit bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suri hatinya mahu pun perincian majlis pernikahan kali keempatnya itu.

Difahamkan, majlis perkahwinan penyanyi Sepi Seorang Perindu itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Menerusi maklum balas kepada pihak media, beliau mengesahkan mengenai berita pernikahannya, namun tidak mahu mengulas lebih lanjut.

Sebelum ini Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada 1988, namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Penyanyi itu kemudian menikahi Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan anak lelaki, Osama Yamani, yang kini berumur 16 tahun.

Bagaimanapun perkahwinan mereka juga tidak berkekalan dan selepas itu beliau bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005.

Menerusi perkongsian hidup selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Zaki Yamani yang sudah mencecah usia 10 tahun.

Sementara itu, pengurus peribadinya, Ali, berkata penyanyi berkenaan bakal membuat pengumuman berhubung perkara terbabit.

Leave a Comment