Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam?

loading…
loading…
Iklan Raya Watsons Hina Golongan Berkulit Hitam?

Gara-gara iklan raya Watsons Malaysia tular dan mendapat kecaman daripada netizen, pihak Watsons Malaysia telah menarik balik video berdurasi lebih kurang 14 minit 37 saat.

Iklan tersebut menampilkan artis-artis terkenal seperti Kamal Adli, Ruhainies, Amber Chia, Bell Ngasri, Raja Ilya, Uqasha Senrose, Thanuja, Alvin Chong dan Sasha Saidin.

 Iklan raya kali ni menggunakan pendekatan watak-watak klasik yang popular dalam kalangan masyarakat seperti Puteri Gunung Ledang, Dayang Senandung, Bawang Putih & Bawang Merah, Puteri Hang Li Po, Laila Majnun, Puteri Mayang Mengurai dan Nang Nak.
Pihak Watsons Malaysia memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan terkesan dengan iklan raya kali ni. Pihak Watsons Malaysia juga menjelaskan watak Harum Senandung adalah berasal daripada lagenda Dayang Senandung yang terkena sumpahan kulit hitam tapi memiliki suara yang merdu. 
Tambah mereka lagi, iklan raya kali ni tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu kerana mereka menghormati dan menghargai semua bangsa dan agama. 


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

loading...

Add Comment