Anak Kembar Beyonce Lahir Tak Cukup Bulan

Sharing is caring!

Peminat di seluruh dunia kini pastinya menantikan gambar pertama bayi kembar pasangan selebriti Hollywood, Beyonce dan Jay Z yang dilaporkan selamt dilahirkan sekitar minggu lalu.

Laporan media antarabangsa menyebut, anak-anak pasangan berpengaruh ini masih lagi dirawat di hospital kerana mereka dilahirkan tidak cukup bulan.

Sejak lahir, mereka ditempatkan di dalam inkubator.

Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi bilakah tarikh sebenar Beyonce melahirkan anak kembarnya. Begitu juga dengan jantina mereka.

Beyonce dan Jay Z mendirikan rumah tangga pada 4 April 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Blue Ivy Carter, 4.

Sementara itu, ayah Beyonce iaitu Mathew Knowles, menerusi akaun Instagram mengesahkan bahwa anaknya selamat melahirkan cucu-cucunya.

Leave a Comment

shares