Tunku Aminah Mengalir Air Mata Kegembiraan Selepas Bergelar Isteri

Sharing is caring!

loading…
Tunku Aminah Mengalir Air Mata Kegembiraan Selepas Bergelar Isteri Yang Sah Kepada Dennis Muhammad Dengan Sekali Lafaz:

21.jpg

Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim kini sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz, hari ini.

Dennis Muhammad melafazkan akad itu di dalam bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene disambut dengan air mata kegembiraan oleh Tunku Aminah selepas kini bergelar isteri orang.

22.jpg
4.jpg
12.jpg
7.jpg
6.jpg
1.jpg
3.jpg
2.jpg
5.jpg

Pasangan DiRaja itu dilihat bergaya mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Leave a Comment