Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan

Sharing is caring!

loading…
Loading…
Sekolah Kecoh Gara-Gara Sambal Belacan:

Gara-gara sambal belacan, sebuah sekolah di Terengganu kecoh dengan gelagat para pelajar yang pertama kali ‘masuk’ dapur.

Mata masuk habuk boleh ditahan lagi, kalau termasuk cili boleh jadi tak senang duduk kerana pedihnya tidak terkata.

Begitulah antara insiden yang dialami para pelajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di Kuala Terengganu, petang Selasa.

Guru penasihat kelab dan setiausaha kokurikulum sekolah, Sarassuwati Ali berkata, ia sebenarnya merupakan pertandingan membuat sambal belacan enak antara 15 kelab dan persatuan di mana setiap kumpulan diwakili enam ahli lelaki dan perempuan.

Pelajar lelaki juga tidak terkecuali menumbuk cili.

Beliau berkata, para pelajar diajar untuk menangani cabaran kerana meskipun membuat sambal belacan tu kelihatan mudah, tapi boleh memudaratkan sekiranya tidak berhati-hati.

“Kalau tak cermat tumbuk cili, boleh terpercik pada mata. Ada yang sampai kena cepat-cepat pergi cuci (mata) kat sinki. Jadi, pelajar perlu fokus semasa menumbuk cili.

“Nilai yang diserapkan dalam pertandingan ini adalah semangat kerjasama, persaingan sihat, berusaha untuk menjadi terbaik. Mereka berlumba-lumba nak jadi pemenang,” katanya kepada mStar Online.

Pertandingan itu menyaksikan para pelajar membuat sambal belacan bersama satu juadah sampingan berasaskan ikan dengan tempoh penyediaan selama 45 minit.

Kriteria dan penilaian diambil kira dari segi keenakan rasa, persembahan hidangan, kebersihan semasa proses penyediaan termasuk kerjasama kumpulan.

Leave a Comment