“Biarlah Hukuman Itu Menakutkan Orang Lain” – Sharnaaz

Sharing is caring!

Baru-baru ini Sharnaaz Ahmad turut berkongsi pandangannya mengenai tragedi kebakaran pusat tahfiz di Keramat yang berlaku pada 14 September lalu.

Dalam kenyataan menerusi laman sosial itu, dia menuntut pesalah yang membakar pusat tahfiz menerima hukuman setimpal dengan perbuatan kejam yang mereka serta mencadangkan agar mereka diseksa di khalayak sehingga mati.

..

Memetik laporan mStar online, pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun menjelaskan kenyataan itu dibuatnya dalam keadaan marah.

“Status itu saya muat naik dalam keadaan marah yang mana ketika itu saya tidak tahu bahawa kanak-kanak yang melakukan perkara kejam itu.

“Bagaimanapun, walaupun mereka kanak-kanak, hukuman yang dikenakan perlu setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau boleh biarlah hukuman itu akan menakutkan orang lain juga. Jangan sampai masanya mereka ini dibebaskan dan melakukan jenayah lain pula,” katanya.

Tambah Sharnaaz, hukuman terhadap tindakan kejam yang didakwa dilakukan oleh tujuh kanak-kanak itu seharusnya memberi pengajaran kepada orang lain.

“Undang-undang Malaysia kadang-kadang terlalu lemah sehingga membuatkan orang ramai tidak takut. Kes mangsa buli tempoh hari pun senyap sahaja.

“Pada saya mereka melakukan kesalahan ini dengan niat untuk membunuh dan perlu pembalasan yang seberat-beratnya,” ujar Sharnaaz.

Dalam pada itu, dia turut menyifatkan kenyataannya itu juga berdasarkan perasaan marah kepada dirinya sendiri yang kurang mengambil berat permasalahan dalam masyarakat.

“Ia masalah dalam masyarakat yang mana semua pihak perlu ambil berat, saya juga rasa bersalah kerana kurang ambil perhatian terhadap masalah sosial dan kesempitan pusat tahfiz,” katanya.

Dia juga berpendapat semua pihak perlu bertanggung jawab terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar lebih memperluaskan lagi kempen kesedaran bahaya dadah.

Leave a Comment