Pertandingan AF Megastar hujung minggu lalu membuat tamparan hebat buat Adira AF apabila dia yang ketika itu menyanyikan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor telah tersingkir.
Difahamkan masalah pribadi menganggu persembahannya ketika itu, benarkah? suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) juga tidak kelihatan ketika acara itu berlansung.
“Bukan masalah peribadi, tiada apa-apa pun yang menggangu cuma kesalahan itu pada diri saya sendiri.
“Saya sudah cuba yang terbaik dan orang tidak tahu apa saya lalui disebalik tabir bagi menjayakan persembahan ini tetapi rezeki tidak memihak kepada saya.
“Salah saya juga kerana memang terdapat banyak kekurangan terutamanya masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor,
“Sejak dulu lagi dia (Datuk Red) memang jarang ikut saya jika ada persembahan pentas atau pun menghadiri acara hiburan.
“Saya pula memang tidak kisah kerana sebelum berkahwin lagi saya memang sering seorang diri ke mana-mana dan hanya ditemani pengurus atau pun pembantu,” katanya.