Peminat Fanatik Terpijak Sandal Chanyeol

Sharing is caring!

Baru-baru ini Chanyeol dilaporkan berkunjung di bandar London untuk menghadiri acara London Fashion Week.

Kemunculan anggota kumpulan EXO ini di bandar tersebut mencuri perhatian ramai peminat yang teruja mahu menyambut kedatangannya. Seperti biasa, bintang berusia 24 tahun ini di serbu peminat.

Bukan itu saja, malah dia dikejar peminat fanatik dari belakang. Ketika itu, Chanyeol sempat berhenti kerana sandalnya tertanggal.

Difahamkan ada seorang peminat yang tidak sengaja memijak sandal Chanyeol ketika itu.

“Chanyeol, lain kali jangan pakai sandal ya. Ngeri, lebih-lebih lagi terjadi insiden seperti itu,” kata seorang seorang netizen.

“Sepatutnya Chanyeol keluar dari pintu VIP, kasihan dia,” kata seorang lagi.

Leave a Comment