Harry Styles Mahu Lupakan Statusnya Sebagai One Direction

Sharing is caring!

Memacu kariernya sebagai artis solo, Harry Styles bernasib baik kerana dia kekal mengecap populariti dan mendapat sokongan ramai peminat di seluruh dunia.

Dengan kejayaan tersebut, bekas kekasih Taylor Swift ini dikatakan mahu mengikis imejnya sebagai anggota One Direction.

Perkara tersebut didedahkan kepada The Sun oleh satu sumber yang dipercayai rapat dengan penyanyi itu.

“Jalan yang ditempuh Harry dengan muziknya sangat berbeza dengan jenis lagu pop hits yang lagu ketika bersama dengan One Direction,

“Sebab itu Harry ingin melepaskan dirinya dari masa itu dan menemukan kembali dirinya sebagai bintang rock,” kata sumber itu.

Sementara dalam satu wawancara baru-baru ini, Harry mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengiyakan spekulasi tersebut.

“Saya rasa saya mahu pergi ke studio untuk membuat album yang ingin saya buat. Saya tidak rasa seperti apa yang harus saya lakukan sebagai Harry daripada band itu agar menjadi baik?

“Saya merindui muzik, saya hanya ingin pergi dan menulis (lagu) dengan teman-teman saya dan berseronok,” katanya.

Kini, Harry Styles pun sibuk mempromosikan album debutnya yang telah di lancarkan beberapa bulan lalu. Dia dijadualkan akan mengadakan konsert di 13 kota di Amerika Utara pada bulan September dan Oktober sebelum berangkat ke Eropah, Australia dan Jepun sehingga Disember.

Leave a Comment