Dua tahun melayari alam pertunangan, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya memilih untuk menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya Nadia Mohd Affendi pada Disember depan.
Bagaimanapun, Tauke memilih agar pernikahan dijalankan dalam keadaan tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
“Insya-Allah kami akan bernikah pada Disember ini dan majlis resepsi akan diadakan pada 9 Disember depan di Ambersador Hall, Putrajaya.
“Tarikh pernikahan saya tidak boleh kongsi, ia mungkin sebelum majlis resepsi. Namun ia akan dijalankan dalam keadaan tertutup untuk ahli keluarga sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.