Aliff Syukri puji Intan Liyana

Sharing is caring!

NAMPAKNYA rezeki madu pelakon Izreen Azminda bertambah murah.

Terbaharu, Intan Liyana telah ditawarkan menjadi wajah bagi jenama tudung jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkonsepkan Wanita Melayu Terakhir.

Melihat gambar-gambar ketika sesi fotografi dijalankan, Intan bersama isteri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, ramai yang memberikan komen-komen positif.

“Sebenarnya saya pun tak berapa kenal dengan Intan terlalu dekat.  Namun selepas bersembang dengan dia, saya dan isteri sepakat untuk bekerjasama dengan Intan.  Tudung ini sesuai dengan imej Intan, bertingkat iaitu labuh, ala-ala wanita muslimah dan ayu.

“Tak ada istilah membantu pun, dia bekerja jadi kita beri dia gaji mengikut pekerjaannya.  Secara kebetulan Intan pun memerlukan.  Jadi di sinilah permulaan usaha sama ini.

“Intan juga beri impak apabila tudung ini terjual dalam tempoh tak sampai setengah jam di Facebook dan Instagram.  Di sini kita boleh lihat kuasa beli wanita, ramai yang menyokong Intan.

“Insya-ALLAH, selepas ini, jika Intan mahu berusaha, kita boleh bekerjasama lebih lagi.  Kita kena sama-sama bersemangat,” jelas Aliff Syukri.

Ditanya bagaimana pendapatnya tentang Intan;

“Dia seorang wanita yang cantik sebenarnya cuma tidak ada grooming dan bakat sebagai penari, wajah yang cantik itu tidak pernah dilihat dan dikembangkan,” katanya.

Leave a Comment

shares