Anak Salima dinasihat jalani pembedahan plastik

BINTANG Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima Habibi menzahirkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Syed Ahmad Rayyan,3, selamat menjalani pembedahan, semalam.

Katanya, kini, anak lelakinya itu berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

“Selesai dah. Alhamdulillah…terima kasih semua yang mendoakan… nak bagi dia rest kejap,” tulisnya di Instagram (IG).

Mengulas lanjut, katanya, Syed Ahmad Rayyan terpaksa menjalani pembedahan plastik akibat jatuh di bilik air, pada 11 Mac lalu.

Menurutnya, pembedahan tersebut perlu dilakukan kerana luka di bahagian dagu anak lelakinya itu sangat dalam.

“Rayyan terjatuh bilik air pagi tadi dan luka di dagunya di rumah pengasuh dan Sal terus pergi ambil dan bawa ke klinik. Sampai di klinik bila tengok lukanya dalam doc suggest pergi ke hospital sebab untuk luka Rayyan ini tak boleh bius biasa, kena bius seluruh badan.

“Kami pergi ke hospital pertama, doktor terus nasihatkan untuk plastic surgery sebab kalau jahit biasa akan tinggalkan parut yang buruk dan lukanya dalam, tak boleh sekadar jahit luar.

“Tapi, hospital berkenaan tiada pakar untuk plastic surgery. Kami suami isteri terus ke hospital yang seterusnya dan bila tengok luka Rayyan, doc kata luka Rayyan agak dalam dan perlu dijahit tiga lapisan secara pembedahan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Salima mengakui reda dengan apa yang berlaku ke atas anak lelakinya itu.

Rayyan bukan seorang budak yang lasak sangat, dia ini jenis jaga every step dia and memang jenis hati-hati, pengasuhnya pun hati-hati-hati dan baik, mommy pun jenis hati-hati  bab keselamatan anak.

“Tapi, inilah dikatakan malang tidak berbau, sesuatu yang ALLAH takdirkan pasti ada hikmah.

“Syukur ALLAH bagi jalan untuk bagi rawatan terbaik untuk Rayyan,” tulisnya lagi.

Salima mendirikan rumah tangga dengan Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

loading...

Add Comment