Bukan Lari Tapi Tunggu Semua Selesai

Aktres kontroversi, Izreen Azminda tetap dengan pendirian untuk tidak mengaktifkan semula Instagram miliknya buat sementara waktu.

Memetik laporan Harian Metro, Izreen berkata, dia bukan lari sebaliknya dia akan kembali aktif semula di media sosial selepas isu membabitkan perkahwinannya selesai.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” katanya.

Beberapa minggu lalu, Izreen menutup komen dan kemudian tidak mengaktifkan Instagram miliknya ekoran ‘diserang’ serta dilemparkan pelbagai kecaman oleh netizen.

Bukan hanya Izreen yang menerima kecaman malah sahabat baiknya, pelakon Rita Rudaini juga turut dikecam.

Jelas Izreen, Rita tidak ada kena mengena dalam rumah tangganya dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang terjadi serta berhenti daripada melemparkan kecaman terhadap temannya itu

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

“Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” tuturnya.

Add Comment