Netizen DM sis; Kau tu dah tua!

Sharing is caring!

PELAKON dan penerbit, Sheila Rusly meluahkan kesal apabila tidak semena-mena dikecam netizen yang tidak berpuas hati dengan gaya penampilannya.

Sheila menerusi laman Instagram (IG) peribadinya telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen luahan hati terhadap sikap netizen yang disifatkan sebagai mempunyai sikap  negatif.

“Netizen DM sis; Kau tu dah tua! Tak payah sibuk nak style sangat!!

“Cantik betul bahasa dia. Hahaha aku ketawaaaaaa. Kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia tu tak kacau hidup LU pun!!

“Life is short, tak payah cari salah orang jer lol,” tulisnya.

Pelik juga dengan sikap netizen yang sekarang ini semakin melampau dan suka mengecam tidak bertempat. Melihat kepada gambar yang ditampilkan, tidak ada kurang atau salahnya pun dengan penampilan Sheila itu.

Rata-rata pengikut Sheila yang membaca posting tersebut bersetuju dengan apa yang diperkatakan Sheila, malah turut memberikan kata-kata semangat buat Sheila agar tidak mempedulikan apa yang diperkatakan netizen.

Dalam perkembangan lain, Sheila kini sedang sibuk melunaskan rakaman program Ketuk-Ketuk Ramadan musim terbaru, selain drama Isteri Untuk Diiktiraf terbitan syarikat produksinya bersama suami JS Pictures yang bakal disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Leave a Comment

shares