Kata dah mohon maaf, ka mohon propa: Che Ta

Sharing is caring!

MASIH hangat lagi dengan kisah pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain.  Kali ini apabila selebriti cantik Rozita Che Wan pula memuat naik status mengecam wanita tersebut.

Tulis Che Ta menerusi Instagramnya;

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulisnya.

Dikatakan Che Ta memuat naik status tersebut apabila Zaihani atau dikenali dengan panggilan Kak Zai mendakwa bahawa pengurusnya iaitu Afiq menjadi punca yang penyebar status yang dimuat naik di laman sosial itu.

“Yang memulakan itu adalah pengurus artis. To be precise, manager Che Ta. Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artis LOL,” tulis Zaihani kepada salah seorang pengikutnya.

Sabtu lalu, kenyataan Zaihani mengkritik individu berbadan besar.

“Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,” tulisnya di Instagram peribadinya.

Leave a Comment

shares