Masih Tiada Akaun SNS!

Sharing is caring!

Pelakon Kim Yu-jin atau lebih dikenali sebagai Uee, 30, semakin rancak memantapkan diri sebagai salah seoarng aktres A-list di Korea.

Setelah bernaung di bawah agensi Yuleum Entertainment, bekas anggota kumpulan After School ini masih terus sibuk dengan sederet aktiviti di dunia hiburan dan jadualnya padat sepanjang tahun ini.

Namun baru-baru ini, Yuleum Entertainment membuat pengumuman penting kepada para peminat Uee dan meminta mereka supaya berhati-hati terhadap akaun media sosial yang menggunakan nama Uee.

Rupa-rupanya, kebelakangan ini peminat menemui akaun media sosial atau di Korea lebih dikenali dengan istilah SNS (Social Networking Site) atas nama Uee.

Timbul spekulasi, Uee dikatakan kembali mewujukan akaun SNS selepas sebelum ini dia menutup akaun tersebut gara-gara menyembunyikan hubungan asmaranya dengan penyanyi Kangnam.

“Selamat pagi. Ini Yuleum Entertainment. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang mencintai dan menyokong Uee.

“Kami ingin menyatakan kepada para peminat yang keliru ekoran kewujudan SNS atas nama Uee, sejak kebelakangan ini.

“Saat ini, Uee tidak menggunakan SNS peribadi (Instagram, Twitter, Facebook, Weibo, dan lain-) sama sekali.”

“Semua berita Uee akan diumumkan melalui akaun resmi Instagram, Facebook dan Twitter agensi,” jelas agensi sekaligus mengesahkan akaun media sosial yang wujud itu adalah palsu.

Pihak agensi juga berharap peminat tidak lagi keliru dan tidak mempercayai sebarang kemaskini menerusi akaun palsu berkenaan.

“Kami berharap akaun SNS tersebut tidak akan membahayakan peminat.

Jika Uee membuka akaun SNS baru, kami akan memberitahu peminat melalui SNS rasmi kami,” tambah agensi lagi.

Leave a Comment

shares