Tayang Teman Lelaki, Tunjuk Tatu Baru

Aktres Scarlett Johansson buat pertama kali tampil ditemani teman lelakinya Colin Jost ketika di acara karpet merah tayangan perdana filem Avengers: Infinity War, yang brlangsung di Hollywood.

Tidak hanya ‘memperkenalkan’ kekasihnya secara langsung, pelakon jelita berusia 33 tahun itu turut mempamerkan tatu baru di bahagian belakang badannya.

Tatu lukisan tiga kuntum bunga ros di sebelah lukisan tatu lama, seekor kambing. Scarlett juga memiliki tatu berbentuk gelang di tangan kanannya, kuda juga terlukis di bahagian tulang rusuk, satu bulatan di bahagian pergelangan kaki dan matahari di lengannya.

..

Scarlett dilaporkan sangat gembira dan tidak menyembunyikan langsung kebahagiannya bukan kerana file ‘Avengers: Infinity War’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi tapi kerana pada malam itu dia ditemani Colin Jost.

Scarlett dan Colin, 35, telah menjalin hubungan asmara sejak Mei tahun. Namun selama ini kedua-duanya memilih untuk menyembunyikan hubungan mereka.

Terdahulu, Scarlett pernah berkahwin dengan jurugambar berasal dari Perancis, Romain Dauriac pada 2014 sebelum bercerai sekitar tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Rose yang kini berusia tiga tahun.

loading...

Add Comment