Pak Nil harap kempen cara sihat

Sharing is caring!

SELEBRITI terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, 55, berharap agar remaja hari ini dapat membezakan antara kempen politik sihat dengan yang tidak boleh dicontohi.

“Saya berharap agar remaja di luar sana tidak terikut-ikut dengan kempen politik tidak sihat kerana mereka ini (ahli politik) mungkin lupa tentang adab apabila berkempen.

“Jadi kena tahu kadang-kadang kempen ini ada yang tak sihat, ada kempen nak menjatuhkan, malah menggunakan bahasa yang kasar dan terlupa adat tatasusila,” katanya.

Oleh yang demikian, Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berharap agar setiap calon dapat berkempen cara sihat.

“Yang bertanding pun kena sentiasa beringat supaya anak-anak kita tidak terbawa budaya maki hamun, mencerca, memfitnah dan sebagainya kerana merekalah yang akan menyambung legasi keindahan negara kita.

“Andai kita tidak ajar mereka dari sekarang, fikirkanlah bagaimana anak-anak ini nanti merasakan mencarut itu tidak salah,” jelas Pak Nil tegas.

Semoga calon PRU14 dan mereka yang terlibat dalam kempen hendaklah menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Paknil ditemui ketika Konsert Akhir Ceria Megastar di Studio 1, Astro, Bukit Jalil.

Leave a Comment

shares