‘Girang Syawal Tiba’ lagu raya Mydin dinyanyikan artis popular

Sharing is caring!

Buat julung kalinya pasar raya Mydin memperkenalkan lagu hari raya berjudul Girang Syawal Tiba bagi menghangatkan lagi sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Ia menampilkan paduan suara enam artis naungan FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Iman, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, lagu raya berkenaan merupakan kejutan daripada pasar raya berkenaan untuk pelanggan setianya.

“Idea lagu raya untuk pasaraya Mydin mula dibincangkan dengan pihak FMC sejak dua bulan lalu.

“Ia diperkenalkan bagi menghangatkan lagi sambutan hari raya pada tahun ini.

“Pihak kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan artis-artis muda bagi menyanyikan lagu Girang Syawal Tiba,” ujarnya.

Amir ditemui di majlis pelancaran  lagu itu di Mydin USJ, Subang Jaya, pada Rabu.

Dalam majlis yang sama, pihak Mydin turut melancarkan dua koleksi baju hari raya untuk lelaki dan perempuan yang diberi nama Mikhail dan Mikayla.

Baju kurung dan baju Melayu itu dijual dari RM59.

Sementara itu, Amir berkata, Mydin turut mengadakan bazar Ramadan yang ditempatkan dalam semua pasar raya mereka di seluruh negara.

“Terdapat lebih 200 juadah berbuka yang dijual menerusi bazar Ramadan kami dan ia dimasak sendiri oleh cef Mydin.

“Ia secara tidak langsung memudahkan pelanggan kerana mereka tak perlu tergesa-gesa pulang selepas membeli belah, beli je lauk berbuka di Mydin,” katanya lagi.

Bazar Ramadan berkenaan dibuka bermula pukul 3 petang sehingga 7.30 malam.

Selain itu, Mydin turut bekerjasama dengan Adabi, Beras Juara dan Maggi bagi menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada sepanjang Ramadan ini.

Leave a Comment

shares