Gurauan Ismail Izzani netizen anggap kurang sopan

Sharing is caring!

PENYANYI Ismail Izzani dikecam hebat netizen gara-gara gurauannya memesan makanan segera melalui lorong pandu lalu, baru-baru ini.

Aksi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen ketika Ismail, 18, membuat live video. Ada yang suka dan ada pula yang menganggap kurang sopan.

Pun begitu, menerusi Star TV, pelantun lagu popular ‘Luar Biasa’ bercakap, aksi tersebut hanyalah sekadar gurauan ketika bersama rakan-rakannya.

“Saya dengan kawan-kawan memang begitu, hyper, tambah pula saya baru pulang dari Sarawak. Jadi memang sedikit bertenaga selepas tidur ketika dalam penerbangan.

“Dapat pula kawan yang sporting, saya tak merasakan pekerja restoran tersebut terasa terhina sebab mereka nampak terhibur dengan aksi saya dan rakan-rakan,” katanya.

Leave a Comment

shares